Saturday, 24 May 2014

Iftar Jama'ie 3.2.2014 - medic kuin insaniah


3 Februari 2014 , bertempat di dewan kuliah KUIN, telah diadakan iftar jama'ie bagi semua pelajar perubatan KUIN. Program yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian ini bertujuan untuk mengimarahkan sunnah nabi dengan berpuasa pada setiap hari isnin serta mengeratkan silaturrahim.

Program ini mengamalkan konsep 'pot luck' di mana pelajar diarahkan untuk membawa makanan masing-masing yang dibeli dan dikongsi bersama kawan-kawan di dalam satu dulang.

Tazkirah di antara maghrib dan isyak usai solat berjemaah telah disampaikan oleh saudara Mu'az tentang amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya ialah bersedekah, mengimarahkan masjid, berzikir dan mengingati Allah. Program disudahi dengan solat isyak berjemaah :)















- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -

Wednesday, 21 May 2014

Friday, 21 February 2014

Program Memanah 15.2.2014 - medic kuin insaniah

Pada 15.2.2014 telah diadakan Program Memanah bagi pelajar-pelajar perubatan Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Program yang telah dianjurkan oleh Biro Kerohanian IMSA ini telah bertempat di dewan kuliah dan juga padang KUIN.

Seramai 24 orang pelajar telah menyertai program ini. Pelajar-pelajar telah diajar tentang teori & praktikal memanah yang betul yang dikendalikan dengan kerjasama Kelab Memanah Darul Salam. Program ini dijalankan bertujuan bagi memperkenal dan menggalakkan pelajar agar mempelajari serta mengamalkan salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W.














- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -

Sunday, 2 February 2014

Promosi Kuliyyah Perubatan KUIN di KUIN kampus Kuala Ketil 12.1.2014 - medic kuin insaniah


11-12 Januari 2014 - Selesai sudah satu lagi program kami iaitu mempromosikan kuliah perubatan yang diadakan di KUIN cawangan Kuala Ketil sempena pesta konvokesyen. 

Alhamdulilah, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ramai orang yang berminat ke booth kami, mereka sangat teruja melihat model-model yang disediakan sambil diterangkan oleh pelajar-pelajar perubatan yang tidak pernah lokek ilmunya. Kami sangat berpuas hati melihat keterujaan mereka dengan ilmu Allah yang tidak terkira ni.

Kami juga turut mengadakan aktiviti lain seperti mengambil tekanan darah (blood pressure) dan teka silang kata. Walaupun kami pelajar perubatan masih belum mempunyai penngalaman yang cukup untuk mengambil tekanan darah, namun alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai juga yang berminat untuk menguji tekanan darah mereka. Teka silang kata juga tak kurang pengunjungnya kerana mereka diuji untuk meneka dalam masa 2 minit, jika berjaya mereka diberi coklat yang disediakan. Permainan menguji minda yang lain seperti roda impian turut diadakan.

Yang pentingnya semua sangat bekerjasama dan seronok berkongsi ilmu yang ada. Kami berharap program seperti ni dapat diadakan lagi kerana kami pelajar perubatan KUIN tidak sabar untuk berkongsi segala ilmu kami mengenai perubatan dengan sesiapa sahaja yang berminat mempelajarinya :)






























- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -



tags : medic kuin , kursus perubatan di kuin , doktor perubatan , medik kuin , mbbs kuin , kuliah perubatan kolej universiti insaniah , perubatan kuin , mbbs kuin , medic , mbbs medic kuin , medical school kuin , kedah , medik insaniah , perubatan insaniah , fakulti perubatan kuin

Monday, 20 January 2014

Majlis Kesyukuran 16.1.2014 - medic kuin insaniah

Pada 16.1.2014 yang lepas, Kuliyyah Perubatan & Sains Kesihatan telah mengadakan Majlis Kesyukuran. Majlis yang bertempat di sekitar perkarangan dewan kuliah ini dihadiri oleh semua pelajar tahun 1&2 serta beberapa orang pensyarah dan staf. Majlis ini bertujuan untuk meraikan beberapa orang pensyarah dan staf yang menyambut kelahiran pada bulan Januari di samping merapatkan lagi ukhuwah di antara pelajar, pensyarah dan juga staf. 





















- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -