Pada 27 dan 28 Mac 2015 yang lalu telah diadakan Kem Pembimbing Rakan Sebaya bagi pelajar-pelajar KHMS. Kem yang bertempat di Teluk Batik itu merupakan salah satu aktiviti luar kawasan yang wajib dijalankan oleh pelajar-pelajar KHMS memandangkan ianya merupakan aktiviti kokurikulum. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti acara sukan ( War Balloon & Bola beracun ) , aktiviti barbecue, mandi pantai dan juga jungle trekking. Pelajar-pelajar dapat merasai pengalaman mendirikan khemah masing-masing, namun menjelang malam hujan turun dengan selebat-lebatnya dan tidak mengizinkan kami untuk tidur di dalam khemah. Aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan kerana pelajar dapat berkumpul beramai-ramai antara senior dan junior ,serta pelajar dapat melepaskan stress dan tekanan yang dialami sepanjang minggu pembelajaran. Terima kasih Ayahanda!
No comments:
Post a Comment