Pada 15.2.2014 telah diadakan Program Memanah bagi pelajar-pelajar perubatan Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Program yang telah dianjurkan oleh Biro Kerohanian IMSA ini telah bertempat di dewan kuliah dan juga padang KUIN.
Seramai 24 orang pelajar telah menyertai program ini. Pelajar-pelajar telah diajar tentang teori & praktikal memanah yang betul yang dikendalikan dengan kerjasama Kelab Memanah Darul Salam. Program ini dijalankan bertujuan bagi memperkenal dan menggalakkan pelajar agar mempelajari serta mengamalkan salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -
No comments:
Post a Comment