Showing posts with label fakulti perubatan. Show all posts
Showing posts with label fakulti perubatan. Show all posts

Tuesday, 22 July 2014

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar 19.7.2014

19.7.2014 -  Pada tarikh tersebut telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie bagi seluruh pelajar Kuliiyyah Perubatan & Sains Kesihatan, Kolej Universiti Insaniah. Majlis yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian & Tarbiah tersebut telah diadakan di rumah salah seorang pelajar perubatan semester 4 iaitu Mohd Ridha b. Abdullah. Alhamdulillah pelajar-pelajar berjaya menghabiskan 30 juzuk Al-Quran walaupun dalam kesibukan menghadiri kuliah setiap hari. Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi bukan sahaja di dalam bulan Ramadhan sebaik-baiknya di dalam bulan-bulan yang lain juga. Majlis dimulakan dengan sesi khatam Al-Quran, tahlil, berbuka puasa, solat maghrib secara berjemaah serta solat isyak dan juga terawih. Terima kasih kami ucapkan sekali lagi kepada saudara Mohd Ridha.



















- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -


Friday, 18 July 2014

Iftar Jamaie 14.7.2014

14.7.2014 - Iftar Jamaie antara semua pelajar Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah telah diadakan. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengadakan sesi suai kenal serta mengeratkan silaturrahim di antara pelajar yang baru memasuki semester 1 dengan pelajar-pelajar yang sedia ada. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar malah pelajar-pelajar lelaki turut membakar sate beramai-ramai manakala pelajar-pelajar perempuan pula bergotong-royong menghidangkan makanan. Pelajar menikmati makanan bersama-sama di dalam dulang serta menunaikan solat maghrib, isyak dan diakhiri dengan terawih secara berjemaah.  






















- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -

Saturday, 12 July 2014

Iftar di rumah Encik Halim 9.7.2014

Pada 9 Julai 2014 yang lalu, Encik Halim iaitu salah seorang daripada staf Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan, Kolej Universiti Insaniah yang telah pun bersara, telah menjemput semua pelajar ke majlis berbuka puasa di surau berdekatan rumah beliau. Alhamdulillah kami sama-sama dapat berbuka puasa, menunaikan solat maghrib secara berjemaah , berbuka puasa beramai-ramai dan juga solat isyak dan terawih secara berjemaah. Alhamdulillah makanan yang disediakan secara bergotong-royong tersebut semuanya sedap-sedap belaka. Terima kasih kerana telah menjemput kami , tahun depan jemputlah lagi :)














- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -

Monday, 30 June 2014

Program Kembara Bakti Siswa

PERJALANAN PROGRAM KEMBARA BAKTI SISWA 2014 - KAMPUNG AYER HITAM, KEDAH

Assalamualaikum

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, program bakti siswa telah diadakan dengan jayanya pada 26-29 April 2014 yang lalu di Kampung Ayer Hitam, Kedah, dengan bertemakan "Eratkan ukhwah, Jalinankan kemesraan". Moto program ini ialah WIFII 'Without Islam Family Is Incomplete'. Program ini dirasmikan oleh YB. DATO' ABD AZIZ BIN MOHAMOD, Pegawai Khas Menteri Besar Kedah. Program ini disertai oleh 20 orang ahli kelab IMSA ( Insaniah Medical Student Association) Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Program ini adalah bertujuan memperkenalkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada masyarakat di Ayer Hitam seterusnya memperkenalkan Kulliyyah Perubatan KUIN.
Selain itu, mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan di kalangan pelajar terutama untuk melaksanakan sesuatu  program  di kawasan luar bandar.Justeru itu, pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi program yang diadakan selama tiga hari itu seperti aktiviti "Sehari Menjadi Guru", pertandingan futsal, senamrobik, pertandingan memasak, BBQ, serta gotong-royong memasak bersama orang kampung.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof. Datuk Mohd Yusof bin Kasim.

Jom kita terjah sedikit sebanyak aktiviti -aktiviti yang telah dijalankan..kita terjah! :)


















 

























- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -