Pada 3 April 2015 yang lalu, telah diadakan pula acara CLASH OF CLANS. Acara yang mirip paintball ini telah dianjurkan oleh Biro Kerohanian dengan kerjasama Biro Sukan IMSA. Permainan yang diketengahkan ialah Panah Sakti iaitu acara di mana dua pasukan yang diwakili oleh 5 orang setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain dalam masa 3 minit. Selain perlu menjatuhkan bola pihak lawan, pemain juga perlu memanah lawan masing-masing. Pemenang tidak dikira berdasarkan sebanyak mana ahli pasukan yang bertahan sebaliknya berdasarkan kutipan mata bagi setiap pasukan. Acara ini sememangnya bagus untuk memupuk kerjasama antara satu sama lain bahkan ianya merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Tahniah kepada rumah Ar-Razi kerana menjuarai acara keseluruhan!
Rumah Ar-Razi
No comments:
Post a Comment