11-12 Januari 2014 - Selesai sudah satu lagi program kami iaitu mempromosikan kuliah perubatan yang diadakan di KUIN cawangan Kuala Ketil sempena pesta konvokesyen.
Alhamdulilah, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ramai orang yang berminat ke booth kami, mereka sangat teruja melihat model-model yang disediakan sambil diterangkan oleh pelajar-pelajar perubatan yang tidak pernah lokek ilmunya. Kami sangat berpuas hati melihat keterujaan mereka dengan ilmu Allah yang tidak terkira ni.
Kami juga turut mengadakan aktiviti lain seperti mengambil tekanan darah (blood pressure) dan teka silang kata. Walaupun kami pelajar perubatan masih belum mempunyai penngalaman yang cukup untuk mengambil tekanan darah, namun alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai juga yang berminat untuk menguji tekanan darah mereka. Teka silang kata juga tak kurang pengunjungnya kerana mereka diuji untuk meneka dalam masa 2 minit, jika berjaya mereka diberi coklat yang disediakan. Permainan menguji minda yang lain seperti roda impian turut diadakan.
Yang pentingnya semua sangat bekerjasama dan seronok berkongsi ilmu yang ada. Kami berharap program seperti ni dapat diadakan lagi kerana kami pelajar perubatan KUIN tidak sabar untuk berkongsi segala ilmu kami mengenai perubatan dengan sesiapa sahaja yang berminat mempelajarinya :)
- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -
tags : medic kuin , kursus perubatan di kuin , doktor perubatan , medik kuin , mbbs kuin , kuliah perubatan kolej universiti insaniah , perubatan kuin , mbbs kuin , medic , mbbs medic kuin , medical school kuin , kedah , medik insaniah , perubatan insaniah , fakulti perubatan kuin