14.7.2014 - Iftar Jamaie antara semua pelajar Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah telah diadakan. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengadakan sesi suai kenal serta mengeratkan silaturrahim di antara pelajar yang baru memasuki semester 1 dengan pelajar-pelajar yang sedia ada. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar malah pelajar-pelajar lelaki turut membakar sate beramai-ramai manakala pelajar-pelajar perempuan pula bergotong-royong menghidangkan makanan. Pelajar menikmati makanan bersama-sama di dalam dulang serta menunaikan solat maghrib, isyak dan diakhiri dengan terawih secara berjemaah.
- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -