Saturday, 3 January 2015

Annual Grand Dinner 2015

2 Januari 2015 - Majlis Makan Malam Tahunan Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan 2015, Kolej Universiti Insaniah merupakan suatu majlis besar yang secara julung kalinya diadakan di The Regency Hotel, Alor Setar, Kedah. Ungkapan penuh bermakna ‘Azalea of Shangri-La Night’ dipilih sebagai tema majlis makan malam pada kali ini dan dipadankan dengan konsep “Fantasy Wedding Garden” di mana tetamu yang hadir akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema mengikut kreativiti masing-masing dan diharapkan di penghujung majlis ini, setiap tetamu dapat menikmati saat yang berlalu dan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. 
            Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada warga Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti Insaniah yang selama ini telah berusaha bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti kulliyyah sepanjang tahun ini. 
             Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama warga Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan. Manakala bagi Pelajar Perubatan Tahun 2 Semester 4, penganjuran majlis makan malam ini secara tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang akan melangkah ke tahun klinikal pada tahun hadapan dan bakal memulakan kehidupan baru di alam klinikal di tempat lain.
                 Berikut gambar-gambar yang berkisar mengenai malam tersebut :







































Diharapkan majlis makan malam tahunan seperti ini dijadikan sebagai tradisi untuk meraikan semua warga kulliyyah setiap tahun.

Friday, 15 August 2014

Sambutan Hari Raya 2014

15 Ogos 2014 - Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan(KMHS) telah mengajurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi semua pensyarah , kakitangan dan pelajar. Semuanya hadir dengan berpakai baju raya yang lengkap . Majlis dimulakan dengan sedikit bacaan doa dan upacara perasmian oleh Dekan KMHS iaiti Prof Dr Haji Hashami b Bohari. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara pemberian duit raya kepada semua pelajar dan diakhiri dengan jamuan makan,

Berikut merupakan coretan pada hari tersebut :