2 Januari 2015 - Majlis Makan Malam Tahunan Kulliyyah
Perubatan dan Sains Kesihatan 2015, Kolej Universiti Insaniah merupakan suatu majlis
besar yang secara julung kalinya diadakan di The Regency Hotel, Alor
Setar, Kedah. Ungkapan penuh bermakna ‘Azalea
of Shangri-La Night’ dipilih sebagai tema majlis makan malam pada kali
ini dan dipadankan dengan konsep “Fantasy Wedding Garden” di mana
tetamu yang hadir akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema mengikut
kreativiti masing-masing dan diharapkan di penghujung majlis ini, setiap tetamu
dapat menikmati saat yang berlalu dan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan
tahniah yang tidak terhingga kepada warga Kulliyyah Perubatan dan Sains
Kesihatan, Kolej Universiti Insaniah yang selama ini telah berusaha
bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit
dalam menjayakan setiap aktiviti kulliyyah sepanjang tahun ini.
Di samping itu,
majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk
perpaduan sesama warga Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan. Manakala bagi
Pelajar Perubatan Tahun 2 Semester 4, penganjuran majlis makan malam ini secara
tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang akan melangkah ke
tahun klinikal pada tahun hadapan dan bakal memulakan kehidupan baru di alam
klinikal di tempat lain.
Berikut gambar-gambar yang berkisar mengenai malam tersebut :
Diharapkan majlis makan malam tahunan seperti ini dijadikan sebagai tradisi untuk meraikan semua warga kulliyyah setiap tahun.
No comments:
Post a Comment