Friday, 15 August 2014

Sambutan Hari Raya 2014

15 Ogos 2014 - Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan(KMHS) telah mengajurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi semua pensyarah , kakitangan dan pelajar. Semuanya hadir dengan berpakai baju raya yang lengkap . Majlis dimulakan dengan sedikit bacaan doa dan upacara perasmian oleh Dekan KMHS iaiti Prof Dr Haji Hashami b Bohari. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara pemberian duit raya kepada semua pelajar dan diakhiri dengan jamuan makan,

Berikut merupakan coretan pada hari tersebut :













































Tuesday, 22 July 2014

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar 19.7.2014

19.7.2014 -  Pada tarikh tersebut telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie bagi seluruh pelajar Kuliiyyah Perubatan & Sains Kesihatan, Kolej Universiti Insaniah. Majlis yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian & Tarbiah tersebut telah diadakan di rumah salah seorang pelajar perubatan semester 4 iaitu Mohd Ridha b. Abdullah. Alhamdulillah pelajar-pelajar berjaya menghabiskan 30 juzuk Al-Quran walaupun dalam kesibukan menghadiri kuliah setiap hari. Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi bukan sahaja di dalam bulan Ramadhan sebaik-baiknya di dalam bulan-bulan yang lain juga. Majlis dimulakan dengan sesi khatam Al-Quran, tahlil, berbuka puasa, solat maghrib secara berjemaah serta solat isyak dan juga terawih. Terima kasih kami ucapkan sekali lagi kepada saudara Mohd Ridha.



















- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -


Friday, 18 July 2014

Iftar Jamaie 14.7.2014

14.7.2014 - Iftar Jamaie antara semua pelajar Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah telah diadakan. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengadakan sesi suai kenal serta mengeratkan silaturrahim di antara pelajar yang baru memasuki semester 1 dengan pelajar-pelajar yang sedia ada. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar malah pelajar-pelajar lelaki turut membakar sate beramai-ramai manakala pelajar-pelajar perempuan pula bergotong-royong menghidangkan makanan. Pelajar menikmati makanan bersama-sama di dalam dulang serta menunaikan solat maghrib, isyak dan diakhiri dengan terawih secara berjemaah.  






















- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -