Sunday, 2 February 2014

Promosi Kuliyyah Perubatan KUIN di KUIN kampus Kuala Ketil 12.1.2014 - medic kuin insaniah


11-12 Januari 2014 - Selesai sudah satu lagi program kami iaitu mempromosikan kuliah perubatan yang diadakan di KUIN cawangan Kuala Ketil sempena pesta konvokesyen. 

Alhamdulilah, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ramai orang yang berminat ke booth kami, mereka sangat teruja melihat model-model yang disediakan sambil diterangkan oleh pelajar-pelajar perubatan yang tidak pernah lokek ilmunya. Kami sangat berpuas hati melihat keterujaan mereka dengan ilmu Allah yang tidak terkira ni.

Kami juga turut mengadakan aktiviti lain seperti mengambil tekanan darah (blood pressure) dan teka silang kata. Walaupun kami pelajar perubatan masih belum mempunyai penngalaman yang cukup untuk mengambil tekanan darah, namun alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai juga yang berminat untuk menguji tekanan darah mereka. Teka silang kata juga tak kurang pengunjungnya kerana mereka diuji untuk meneka dalam masa 2 minit, jika berjaya mereka diberi coklat yang disediakan. Permainan menguji minda yang lain seperti roda impian turut diadakan.

Yang pentingnya semua sangat bekerjasama dan seronok berkongsi ilmu yang ada. Kami berharap program seperti ni dapat diadakan lagi kerana kami pelajar perubatan KUIN tidak sabar untuk berkongsi segala ilmu kami mengenai perubatan dengan sesiapa sahaja yang berminat mempelajarinya :)






























- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -



tags : medic kuin , kursus perubatan di kuin , doktor perubatan , medik kuin , mbbs kuin , kuliah perubatan kolej universiti insaniah , perubatan kuin , mbbs kuin , medic , mbbs medic kuin , medical school kuin , kedah , medik insaniah , perubatan insaniah , fakulti perubatan kuin

Monday, 20 January 2014

Majlis Kesyukuran 16.1.2014 - medic kuin insaniah

Pada 16.1.2014 yang lepas, Kuliyyah Perubatan & Sains Kesihatan telah mengadakan Majlis Kesyukuran. Majlis yang bertempat di sekitar perkarangan dewan kuliah ini dihadiri oleh semua pelajar tahun 1&2 serta beberapa orang pensyarah dan staf. Majlis ini bertujuan untuk meraikan beberapa orang pensyarah dan staf yang menyambut kelahiran pada bulan Januari di samping merapatkan lagi ukhuwah di antara pelajar, pensyarah dan juga staf. 





















- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -

Sunday, 29 December 2013

ANNUAL GRAND MEETING IMSA 2013/2014

Pada 1 Disember 2013 ,telah berlangsungnya Annual Grand Meeting IMSA , tujuan perjumpaan ini diadakan untuk mengumumkan keputusan pilihan raya bagi majlis tertinggi IMSA dan membentuk semula barisan IMSA yang baru.

Sepanjang seminggu sebelum perjumpaan ni, telah diadakan penamaan calon , kempen , pilihan raya dan sebagainya. Kehangatan kempen tahun ini tidak terasa hangatnya mungkin kerana bilangan pelajar yang hanya berjumlah 50 orang. Oleh itu, kami sangat menantikan kehadiran junior-junior tahun depan untuk lebih memeriahkan program ini.

Tahniah kepada semua yang tercalon, dan yang terpilih. Semoga mereka mampu menjalan tugas dan amanah yang telah diberikan sebaik mungkin.

Keputusan akhir untuk pengumuman pada malam tersebut :

PRESIDEN                         - Mohd Fahmi Mohamad
TIMBALAN PRESIDEN 1       - Mu'az Jamil
TIMBALAN PRESIDEN 2       - Amalina Kamarulzaman
SETIAUSAHA                     - Laile Saliqin Azmi
BENDAHARI                      - Ku Noor Aimi Azizi

BIRO AKADEMIK                - Fadzlina Ab Jalal Bekri 
                                      - Aisyah Syazwina Mohd Hassan
BIRO KEROHANIAN            - Mohd Ridha Abdullah 
                                      - Hanim Fadhil
BIRO KEBAJIKAN               - Siti Fadhlin Sakina Juaini
                                      - Shureen Amerina bt Aminudin
BIRO SUKAN                     - Mohamad Afiff Rahim 
                                      - Mohd Firdaus Mohamad
BIRO KEWANGAN              - Nur Bahirah Rusli
                                      - Wan Ayunurili Wan Mohamad
BIRO PENERBITAN             - Nur Izzaty Bakhri 
                                      - Amanina Zahra Zainol


So, enjoy the pics !

























- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -










tags : medic kuin , kursus perubatan di kuin , doktor perubatan , medik kuin , mbbs kuin , kuliah perubatan kolej universiti insaniah , perubatan kuin , mbbs kuin , medic , mbbs medic kuin , medical school kuin , kedah , medik insaniah , perubatan insaniah , fakulti perubatan kuin