Assalamualaikum ,
TANWIM AL-FARDHIL MUKHTARIF ni sebenarnya PPD Camp , dalam 5 tahun kami sebagai pelajar perubatan berkemungkinan akan wajib disertai kami sebanyak 3 kali.
Pada 12 November hingga 14 November, 3 hari 2 malam , kami pelajar perubatan tahun 1 telah berkampung di Damai Park Resort , Merbok, Kedah .
Kem kali ini diuruskan oleh pihak AUCMS , fasilitator semua dari pihak AUCMS.
Alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku sepanjang kem ni , pelbagai pengalaman yang kami perolehi sepanjang menyertai kem ini seperti berendam di dalam sungai pada pukul 4 pagi, tidur di atas tanah pada pukul 2 pagi sambil dihurung nyamuk , dikejutkan pada pukul 1 pagi untuk melakukan aktiviti berkumpulan dan banyak lagi.
Namun, semua itu berjaya kami harungi dengan semangat kerjasama ! Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti low rope, spider web , night walk & blind fold ! Merasalah kami mandi lumpur, meniarap dalam hutan, masuk dalam paya, telan pasir , kulit kaki tersiat , jogging sampai kejang, ketuk ketampi berpuluh-puluh kali , diserang babi hutan dan sebagainya!
Alhamdulillah, ini adalah kem yang paling seronok pernah kami sertai, namun jikalau disuruh sertai buat kali kedua , mungkin........hehehe
Mari terjah aktiviti yang telah kami lakukan !
SESI PENGENALAN & SUAI KENAL FASILITATOR
AKTIVITI BLIND FOLD
AKTIVITI LOW ROPE
AKTIVITI NIGHT WALK
SESI MENJAMU SELERA
SESI CERAMAH & AKTIVITI BERKUMPULAN
MAJLIS PENUTUP
Alhamdulillah, dengan adanya kem ini kami menjadi lebih berjati diri , timbul semangat ukhuwah dan kerjasama , muncul semangat berkumpulan yang jitu serta saling bantu-membantu serta semestinya melatih diri kami menjadi lebih kental agar mampu memikul tanggungjawab kami sebagai seorang doktor pada masa hadapan. Terima Kasih :)
- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -
No comments:
Post a Comment