Alhamdulillah..segala puji kepada ALLAH SWT kerana masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas dengan oksigenNYA.
Syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izinNYA blog ini dapat juga di siarkan. Kami pihak Biro Ekonomi & Keusahawan IMSA(Insaniah Medical Student Association) mengucapkan selamat datang kepada pelawat-pelawat blog kami.Kami harap sedikit sebanyak kita dapat menjalinkan ikatan silaturrahim dan perniagaan antara satu sama lain melalui blog ini.In Sya ALLAH.
Sebelum itu, kami perkenalkan diri kami dahulu.Kami adalah Biro Ekonomi & Keusahawan di bawah persatuan IMSA (Insaniah Medical Student Association).Kami adalah pelajar perubatan Kolej Universiti Insaniah di bawah KULIYYAH PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN.
Biro ini diberi amanat untuk menambah dana dan pendapatan persatuan kami.Tetapi kami tidak menambah dana kami sahaja,kami mengajak anda semua yang berminat hendak melebarkan sayap perniagaan turut serta bersama kami dalam persatuan kami IMSA. :)

Kami juga bersedia untuk menjalinkan hubungan ekonomi dan keusahawanan dengan institusi @ syarikat @ MOU dengan mana pihak.Kami amat mengalu-alukan anda semua.
Akhir kalam..sama-sama kita menjana dan membangunkan ekonomi.
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
AMIEENN ..Ya RABB..
No comments:
Post a Comment