Saturday, 7 February 2015

Malam Bahasa Kebangsaan (pelajar semester 2) 2015


6 Februari 2015 - Malam Bahasa Kebangsaan 2015 bagi pelajar semester 2 telah diadakan. Malam tersebut diadakan di Dewan Kuliah 2 pada pukul 8.00-12.00 malam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Puan Haslinawati iaitu pensyarah bagi subjek Bahasa Kebangsaan. Buat pengetahuan anda, malam ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus yang perlu dilaksanakan oleh pelajar . Pada malam tersebut empat acara telah dipersembahkan iaitu debat , pantomin , bicara berirama dan juga nasyid. Kumpulan nasyid telah menjuarai acara pada malam tersebut. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada semua pelajar semester 2 kerana telah berjaya menganjurkan malam seperti ini.



























Thursday, 5 February 2015

Perjumpaan Mahasiswa Bersama Rektor KUIN

4 Februari 2015 -  Perjumpaan antara semua mahasiswa Kolej Universiti Insaniah bersama rektor telah didakan bertempat di Dewan Tuanku Hajah Haminah di Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil. Semua pelajar semester 2 dan 3 KMHS seawal 7.00 pagi telah bertolak ke sana. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua pelajar berinteraksi secara terus dengan rektor sendiri. 

Antara isi kandungan ucapan dan amanat daripada Rektor Insaniah : 1. Kuliyyah Perubatan & Psikologi akan berpindah pada Jun 2015. Kampus Mergong akan disewakan sepenuhnya kepada MARA. 2. Utk pembinaan asrama seterusnya, support akan diperolehi drpd Islamic Development Bank (IDB), InsyaAllah. 3. Long term plan on build "teaching hospital" dimana hospital akan dibuka kpd dua, awam dan swasta. 4. Pelancaran Wakaf & Pembinaan Masjid Insaniah akan diadakan pd 7 Mac 2015 sewaktu Konvokesyen Insaniah oleh YDPA dgn kerjasama BIMB. Diperlukan sbyk RM10 juta. 5. Sebahagian drpd siswa/wi Insaniah blh internship di Insaniah dan menjadi "Student Ambassador" dgn lantikan secara rasmi. 6. Mulai tahun ini, KUIN akan ada 3 pengambilan (Jun, September, Disember) yg merupakan KPI universiti utk capai intake sbyk 3000 pljr. 7. Rektor mendapati mahasiswa Insaniah mempunyai kelemahan dlm output graduan ttg kadar "kebolehpasaran". Maka, HEA diminta utk register online assessment. Selain drpd itu, keperluan utk 7 domain skill perlu ada pd mahasiswa. Antaranya, leadership skill, teamwork skill, IT skill, communication skills yg blh diperolehi melalui penglibatan "community engagement". Oleh itu, besarlah harapan tuan rektor agar kita sentiasa mencari keupayaan diri utk memperbaiki diri dan membantu org lain. InsyaAllah, moga kita terus berusaha agar punyai daya saing sbg mahasiswa Insaniah utk terus maju sbg universiti Islam global.











Wednesday, 4 February 2015

Pelancaran Hari Sukan IMSA 2015

3 Februari 2015 - Pelancaran Hari Sukan IMSA telah diadakan di Sky Bowl, Kompleks Star Parade, Alor Setar. Majlis tersebut berlangsung sekitar 9.30 a.m-12.30 p.m. dan telah dilancarkan oleh Dato' Azmi Hashim. Semua pelajar KMHS telah dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Ar-Razi (biru) , Ibnu-Nafis (merah), Ibnu Haitam (Purple) dan Ibnu Sina (Oren). Setiap pelajar diwajibkan bermain bowling satu pusingan dan markah bilangan pin yang terkumpul menentukan juara pada acara tersebut. Tahniah pasukan Ibnu Nafis kerana menjuarai acar pada hari itu! Kepada rumah sukan yang lain jangan risau kerana anda masih berpeluang untuk mengumpul mata rumah anda pada acara seterusnya!