Sunday, 5 April 2015

MED DAY




Pada 4 April 2015 yang lalu telah diadakan acara "MED DAY" bagi pelajar-pelajar KHMS. Acara yang berkonsepkan Running Man ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh Biro Akademik IMSA. Acara ini bertujuan untuk memperingati kembali topik-topik yang telah dipelajari sepanjang semester 1, 2 dan 3. Selain itu, pelajar juga dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing, selain memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain, pelajar juga dapat mengumpul mata bagi rumah sukan masing-masing. Tahniah kepada rumah An Nafis kerana menjadi juara keseluruhan.




























Saturday, 4 April 2015

Clash of Clans


Pada 3 April 2015 yang lalu, telah diadakan pula acara CLASH OF CLANS. Acara yang mirip paintball ini telah dianjurkan oleh Biro Kerohanian dengan kerjasama Biro Sukan IMSA. Permainan yang diketengahkan ialah Panah Sakti iaitu acara di mana dua pasukan yang diwakili oleh 5 orang setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain dalam masa 3 minit. Selain perlu menjatuhkan bola pihak lawan, pemain juga perlu memanah lawan masing-masing. Pemenang tidak dikira berdasarkan sebanyak mana ahli pasukan yang bertahan sebaliknya berdasarkan kutipan mata bagi setiap pasukan. Acara ini sememangnya bagus untuk memupuk kerjasama antara satu sama lain bahkan ianya merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Tahniah kepada rumah Ar-Razi kerana menjuarai acara keseluruhan!



Rumah Ar-Razi









Wednesday, 1 April 2015

Kem Pembimbing Rakan Sebaya (ALK PRS)

Pada 27 dan 28 Mac 2015 yang lalu telah diadakan Kem Pembimbing Rakan Sebaya bagi pelajar-pelajar KHMS. Kem yang bertempat di Teluk Batik itu merupakan salah satu aktiviti luar kawasan yang wajib dijalankan oleh pelajar-pelajar KHMS memandangkan ianya merupakan aktiviti kokurikulum. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti acara sukan  ( War Balloon & Bola beracun ) , aktiviti barbecue, mandi pantai dan juga jungle trekking. Pelajar-pelajar dapat merasai pengalaman mendirikan khemah masing-masing, namun menjelang malam hujan turun dengan selebat-lebatnya dan tidak mengizinkan kami untuk tidur di dalam khemah. Aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan kerana pelajar dapat berkumpul beramai-ramai antara senior dan junior ,serta pelajar dapat melepaskan stress dan tekanan yang dialami sepanjang minggu pembelajaran. Terima kasih Ayahanda!