PERJALANAN PROGRAM KEMBARA BAKTI SISWA 2014 - KAMPUNG AYER HITAM, KEDAH
Assalamualaikum
Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, program bakti siswa telah diadakan dengan jayanya pada 26-29 April 2014 yang lalu di Kampung Ayer Hitam, Kedah, dengan bertemakan "Eratkan ukhwah, Jalinankan kemesraan". Moto program ini ialah WIFII 'Without Islam Family Is Incomplete'. Program ini dirasmikan oleh YB. DATO' ABD AZIZ BIN MOHAMOD, Pegawai Khas Menteri Besar Kedah. Program ini disertai oleh 20 orang ahli kelab IMSA ( Insaniah Medical Student Association) Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
Program ini adalah bertujuan memperkenalkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada masyarakat di Ayer Hitam seterusnya memperkenalkan Kulliyyah Perubatan KUIN.
Selain itu, mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan di kalangan pelajar terutama untuk melaksanakan sesuatu program di kawasan luar bandar.Justeru itu, pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi program yang diadakan selama tiga hari itu seperti aktiviti "Sehari Menjadi Guru", pertandingan futsal, senamrobik, pertandingan memasak, BBQ, serta gotong-royong memasak bersama orang kampung.
Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof. Datuk Mohd Yusof bin Kasim.
Jom kita terjah sedikit sebanyak aktiviti -aktiviti yang telah dijalankan..kita terjah! :)
- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -