Friday, 30 January 2015

Majlis Bantuan Mangsa Banjir

29 Januari 2015 - Majlis yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Keselamatan IMSA 2104/2015 ini telah diadakan pada 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengagihkan sumbangan kepada pelajar KMHS sendiri yang telah ditimpa musibah banjir seramai 5 orang. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka untuk membeli peralatan seperti buku dan sebagainya. Acara tersebut dihadiri oleh Prof Shahidan dan Pengarah IMSA. Sumbangan tersebut pula merupakan hasil kutipan daripada semua pelajar KMHS sendiri. 













Saturday, 10 January 2015

Annual Grand Meeting 2015

3 Januari 2015 - Annual Grand Meeting Insaniah Medical Students Association (IMSA) kali yang ketiga telah diadakan. Tujuan acara tahunan ini diadakan adalah untuk membubarkan pimpinan yang lama dan melantik semula pimpinan yang baru IMSA. Sebelum berlangsungnya malam tersebut telah diadakan tempoh berkempen dan pilihanraya bagi calon yang ingin bertanding.

Acara dimulakan dengan sedikit bacaan doa dan ucapan perasmian, seterusnya pembentangan gerak kerja dan perlembagaan oleh pimpinan yang lama, pembubaran pimpinan IMSA 2013/2014, pelantikan pimpinan baru IMSA 2014/2015 dan seterusnya pembentangan usul.

Alhamdulillah walaupun suasana begitu gamat sekali, namun akhirnya semua pelajar KMHS dapat mencapai kata sepakat masing-masing. Tahniah kepada pimpinan yang lama kerana telang menjalankan tanggungjawab dengan baik. Manakala takziah dan tahniah diucapkan kepada pimpinan yang baru. Semoga anda dapat memikul tanggungjawab anda dengan penuh telus dan amanah. Fastabiqul khairat :)










barisan ketua-ketua biro IMSA 2013/2014


Pimpinan lama IMSA 2013/2014

Pimpinan baru IMSA 2014/2015

TAKZIAH & TAHNIAH !


Saturday, 3 January 2015

Annual Grand Dinner 2015

2 Januari 2015 - Majlis Makan Malam Tahunan Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan 2015, Kolej Universiti Insaniah merupakan suatu majlis besar yang secara julung kalinya diadakan di The Regency Hotel, Alor Setar, Kedah. Ungkapan penuh bermakna ‘Azalea of Shangri-La Night’ dipilih sebagai tema majlis makan malam pada kali ini dan dipadankan dengan konsep “Fantasy Wedding Garden” di mana tetamu yang hadir akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema mengikut kreativiti masing-masing dan diharapkan di penghujung majlis ini, setiap tetamu dapat menikmati saat yang berlalu dan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. 
            Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada warga Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti Insaniah yang selama ini telah berusaha bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti kulliyyah sepanjang tahun ini. 
             Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama warga Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan. Manakala bagi Pelajar Perubatan Tahun 2 Semester 4, penganjuran majlis makan malam ini secara tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang akan melangkah ke tahun klinikal pada tahun hadapan dan bakal memulakan kehidupan baru di alam klinikal di tempat lain.
                 Berikut gambar-gambar yang berkisar mengenai malam tersebut :







































Diharapkan majlis makan malam tahunan seperti ini dijadikan sebagai tradisi untuk meraikan semua warga kulliyyah setiap tahun.