3 Februari 2014 , bertempat di dewan kuliah KUIN, telah diadakan iftar jama'ie bagi semua pelajar perubatan KUIN. Program yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian ini bertujuan untuk mengimarahkan sunnah nabi dengan berpuasa pada setiap hari isnin serta mengeratkan silaturrahim.
Program ini mengamalkan konsep 'pot luck' di mana pelajar diarahkan untuk membawa makanan masing-masing yang dibeli dan dikongsi bersama kawan-kawan di dalam satu dulang.
Tazkirah di antara maghrib dan isyak usai solat berjemaah telah disampaikan oleh saudara Mu'az tentang amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya ialah bersedekah, mengimarahkan masjid, berzikir dan mengingati Allah. Program disudahi dengan solat isyak berjemaah :)
- Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) , Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan , Kolej Universiti Insaniah (KUIN) -