Thursday, 26 March 2015
Perjumpaan Pelajar bersama HEP, HEA, BENDAHARI & PERPUSTAKAAN
Pada 26 Mac 2015 yang lalu, bertempat di Dewan Santapan pada pukul 2.00 petang telah diadakan Perjumpaan Pelajar bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Hal Ehwal Akademik (HEA) , Jabatan Bendahari dan juga pihak Perpustakaan Kolej Universiti Insaniah. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk menyediakan medium bagi pihak pelajar bertanyak sebarang kemusykilan yang belum selesai secara langsung kepada pihak-pihak berkenaan. Selain itu, pihak-pihak jabatan tersebut dapat memberikan jawapan yang lebih jelas dan secara langsung kepada pihak pelajar. Alhamdulillah perjumpaan berjalan dengan lancar dan pelbagai-bagai soalan telah diutarakan oleh pelajar untuk diambil tindakan.
Friday, 13 March 2015
Malam Apresiasi Seni Pelajar Cohort 2
Pada 12 Mac 2015 yang lalu, telah diadakan Malam Apresiasi Seni bagi pelajar-pelajar cohort 2, acara tersebut telah diadakan pada 8.30 malam bertempat di Dewan Santapan, Kolej Universiti Insaniah, Mergong bertemakan Kesultanan Melayu. Malam Apresiasi Seni ini merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan di bawah kursus Bahasa Kebangsaan. Para pelajar telah menunjukkan bakat yang terpendam dengan mempersembahkan 3 buah persembahan iaitu drama muzikal, nyanyian lagu asli dan juga drama berpantun berkisahkan kisah dahulukala iaitu Pak Belalang, Pak Cengkerik dan Bawang Merah Bawang Putih.
Tuesday, 10 March 2015
Promosi Kulliyyah Perubatan di PESKO 2015
Pada 6-8 Mac 2015 yang lalu telah diadakan Pesta Konvokesyen (PESKO) di Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil. Alhamdulillah Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan mendapat satu slot untuk mempromosikan kulliyyah kami. Acara yang berlangsung selama 3 hari itu dihadiri oleh ramai orang terutamanya yang ingin menghadiri majlis graduasi tersebut. Di booth pameran kulliyyah kami telah diadakan pelbagai aktiviti seperti games menguji minda, pameran artikel-artikel menarik mengenai kesihatan, pameran video-video aktiviti , pemeriksaan kesihatan dan juga pameran model-model tubuh badan manusia. Alhamdulillah booth kami telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Selain itu Biro Ekonomi IMSA juga telah mengadakan jualan di tapak jualan konvo. Kami juga telah menghantar skuad Dr Kaki Bangku FC untuk mewakili kulliyyah dalam perlawanan bola sepak. Semoga acara seperti ini dapat diadakan lagi pada acara PESKO akan datang :)
Sunday, 1 March 2015
PROGRAM KHIDMAT KESIHATAN DI DAERAH PENDANG, KEDAH
Bismillahirrahmannirrahim... Pada 28 Februari 2015 yang lalu bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di daerah Pendang, Kedah telah diadakan Program Khidmat Kesihatan.
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah menjemput IMSA untuk menjalankan program khidmat kesihatan dibawah Program Khidmat Masyarakat anjuran MPM.
Para pelajar KHMS yang berkesempatan untuk mengikuti program iniditugaskan untuk melakukan khidmat kesihatan kepada penduduk kampung yang hadir. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memeriksa tekanan darah dan juga kandungan glukosa dalam darah. Alhamdulillah program ini berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang hangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)