Saturday, 28 February 2015
Fiqh Wanita
Pada 27 Februari 2015 yang lalu, telah dianjurkan Program Fiqh Wanita di Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Mergong. Program tersebut berlangsung pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.40 tengah hari di Dewan Kuliah 2. Penceramah jemputan ialah Dr. Rohani bt Desa iaitu Pengarah Hal Ehwal Pelajar KUIN. Di dalam program tersebut beliau telah mengupas dengan lebih lanjut mengenai permasalahan haid, nifas dan wiladah serta penggunaan pil perancang dalam mencegah haid. Alhamdulillah para pelajar dapat mempelajari serba sedikit mengenai fiqh wanita yang sememangnya wajib dipelajari oleh semua umat islam. Diharapkan semoga program seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap di masa akan datang kerana kita berharap agar dapat melahirkan para doktor yang bukan sahaja hebat dalam bidang akademik malah hebat juga dari segi permasalahan fiqh agama.
Friday, 13 February 2015
Pengumuman Pemenang Video Montaj Terbaik !
13 Februari 2015 - Majlis pengumuman pemenang video montaj terbaik untuk mempromosikan Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan, KUIN telah diadakan. Pihak kulliyyah membuka peluang kepada semua pelajar untuk menghasilkan sendiri video yang berkualiti dan menepati syarat seperti yang diinginkan oleh pihak kulliyyah sendiri. Pemenang utama ialah Mohd Ridha b Abdullah bersama kumpulannya, manakala kumpulan lain yang bertanding mendapat saguhati.
Wakil kumpulan Syed Ahmad Asyraf.
Wakil Kumpulan Umar Azlan
Wakil kumpulan Mohd Ridha b Abdullah
Tahniah kepada para pemenang! Kami akan siarkan video-video tersebut nanti !
Tuesday, 10 February 2015
Pelancaran Usrah Gabungan
8 Februari 2015 - Pelancaran Usrah Gabungan KMHS telah diadakan. Acara yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian dan Tarbiah IMSA 2014/2015 ini diadakan bertujuan untuk melancarkan program usrah di antara pelajar semester 2 dan 3. Semoga semua pelajar dapat beristiqamah dalam menghadiri usrah masing-masing!
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit ucapan daripada Ketua Biro Kerohanian dan Tarbiah iaitu Mohd Fahmi Takri, kemudian Presiden IMSA pula Mohd Nasai bin Azais memberikan sepatah dua kata. Seterusnya acara dirasmikan oleh Prof Shahidan dan diikuti dengan sedikit tazkirah dari ustaz jemputan. Acara diakhiri dengan semua pelajar masuk ke dalam kumpulan usrah masing-masing sebelum bersurai.
Saturday, 7 February 2015
Malam Bahasa Kebangsaan (pelajar semester 2) 2015
6 Februari 2015 - Malam Bahasa Kebangsaan 2015 bagi pelajar semester 2 telah diadakan. Malam tersebut diadakan di Dewan Kuliah 2 pada pukul 8.00-12.00 malam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Puan Haslinawati iaitu pensyarah bagi subjek Bahasa Kebangsaan. Buat pengetahuan anda, malam ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus yang perlu dilaksanakan oleh pelajar . Pada malam tersebut empat acara telah dipersembahkan iaitu debat , pantomin , bicara berirama dan juga nasyid. Kumpulan nasyid telah menjuarai acara pada malam tersebut. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada semua pelajar semester 2 kerana telah berjaya menganjurkan malam seperti ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)